Seram Serammmm...!!!
Kisah Misteri

HOME

Seram..seram..serammm!!!
Misteri Tapi Benar!!!
Kisah Misteri
Kisah Seram 2
Video Klip Seram..!!!!! Amaran!!!

Lihat gambar  dibawah ini....gambar langsuir yg ditangkap olih seorng dukun....!!!!

langsuir.jpg

theme-06.gif

                     KEPALA

Cerita ini agak seram juga yang mana ia telah berlaku dekad abad yang lampau di mana di dalam sebuah kampung yang begitu aman dan tinggal seorang hamba yang bernama Samad (nama samaran) telah jatuh sakit dengan tiba-tiba.  Samad adalah seorang nelayan yang setiap pagi selepas menunaikan solat subuh dia akan turun ke laut untuk mencari rezeki.  Pada suatu hari ketika dia sedang membetulkan jaringnya datang sekumpulan samseng yang mengugut Samad supaya membayar pampasan cukai yang telah sekian lama tidak dijelaskan memandangkan rezeki yang diperolehi oleh Samad hanya cukup makan sahaja.  Oleh yang demikian beliau tidak dapat menjelaskan cukai tersebut. 

Samseng tersebut telah mengkasari Samad dengan menolaknya, tetapi Samad yang ketika itu panas baran juga telah melawan dengan menumbuk samseng tersebut yang menyebabkan dia terjatuh.  Anggota samseng yang lain telah memegang Samad tetapi ketuanya telah mengarahkan melepaskannya dan beliau sendiri yang ingin bergaduh dengan Samad.  Perkelahian telah tercetus antara mereka berdua yang telah menyebelahi Samad.  Ketua samseng itu masih tidak puas hati dengan Samad dengan memberi amaran bahawa dia akan kembali lagi selepas ini.  Samad pun menyambung semula kerjanya sehingga waktu solat Asar. 

Pada waktu senja Samad telah bersiap untuk ke surau yang tidak berapa jauh dari rumahnya untuk menunaikan fardu Maghrib  dan pulang ke rumah selepas waktu Isyak.  Dalam perjalanan Samad merasakan sesuatu mengekorinya dari belakang.  Ditolehnya, tapi tidak nampak apa-apa.  Dia pun meneruskan perjalanan pulang sehingga masuk ke rumah.  Selepas satu jam kemudian tiba dibelakang rumah Samad kedengaran orang menjerit, Samad dengan bergegas turun kebawah untuk melihat apa yang berlaku tanpa merasa takut atau sebagainya. 

Dengan berbekalkan lampu pelita Samad menjenguk ke belakang rumahnya dan dengan tiba-tiba samseng-samseng pagi tadi menyerangnya dari belakang.  Samad terjatuh dan perkelahian telah berlaku tetapi kali ini mereka membawa senjata bersama mereka.  Samad telah dibunuh dengan kejamnya oleh mereka yang mana anggota badan Samad telah dipotong-potong dan hanya meninggalkan kepala Samad sahaja.  Mayat Samad telah dicampakkan ke dalam sungai.

Setelah beberapa hari selepas kejadian, rakan-rakan Samad yang juga nelayan dan para jemaah surau merasa hairan kerana tidak melihat Samad turun ke laut dan ke surau beberapa hari dan mengesyaki sesuatu telah berlaku ke atas Samad samada sakit atau sebagainya.  Mereka pun bercadang untuk menjenguk Samad di rumah dan setiba di rumah Samad mereka dapati pintu rumah Samad terbuka luas tetapi tidak ada orang menjawab salam.  Mereka masuk dan memeriksa rumah Samad tetapi tidak menemui apa-apa.  Mereka semua mengesyaki sesuatu telah berlaku dan salah seorang dari mereka telah nampak perkelahian Samad tempoh hari dengan samseng.  Sejurus itu mereka bergegas mencari Samad disekeliling rumah dan dengan tiba-tiba salah seorang dari mereka menjerit apabila mendapati dicelah-celah pokok pisang ada kepala Samad yang telah pun dipenuhi ulat dan semut.  Mereka terus melaporkan kejadian tersebut kepada Ketua Kampung, yang mana ketua kampung bergegas ke tempat kejadian.  Mereka mengesyaki apa yang telah terjadi adalah angkara samseng tetapi masih belum mendapat bukti yang kukuh. 

Mereka menyempurnakan bahagian badan Samad untuk disemadikan.  Roh samad tidak aman yang mana sejak kejadian mengerikan di kampung tersebut semua orang takut hendak pergi ke kawasan rumah Samad kerana roh Samad tidak tenteram dan pada suatu malam orang budak telah melihat kepala Samad terbang dari arah tanah perkuburan.

Budak itu bertempiaran lari ketakutan memberitahu orang yang sedang duduk bersembang di kedai kopi berdekatan tetapi tidak diendahkan.  Roh Samad hendak membalas dendam ke atas samseng-samseng tersebut.  Sejak tersebarnya cerita budak itu semua orang ada merasa takut tetapi masih tidak percaya dan pada suatu malam orang yang sedang sibuk bermain judi di sebuah pondok bertempiaran lari apabila tiba-tiba muncul kepala Samad dihadapan mereka.  Tujuan roh tersebut ialah untuk memberitahu bahawa beliau telah dibunuh dengan kejam oleh samseng-samseng tersebut.  Tetapi semua orang takut dan cabut lari.  Cerita kepala Samad berterbangan tersebar luas dan pada suatu malam tok imam  sedang memberi ceramah di surau dan tiba-tiba salah seorang jemaah menjerit pada tok imam.  Tok imam terkejut dan bertanya kenapa!!!!!! tetapi jemaah tersebut tidak dapat berkata apa-apa dan tok imam segera menoleh ke belakang dan terkejut melihat kepala Samad di belakangnya.  Tetapi tok imam yang kuat imannya segera membacakan surah dari mulutnya lantas berkata terus kepada Samad tujuan dia mengganggu penduduk kampung.  Kebetulan juga masa itu ketua kampung juga ada dan semua jemaah ada yang pengsan dan ada yang masih tergamam melihat kepala Samad. 

Samad memberitahu Tok imam bahawa beliau telah dibunuh dengan kejam oleh samseng-samseng itu dan dan menyuruh tok imam dan ketua kampung mengambil tindakan ke atas mereka.  Tok imam, ketua kampung dan jemaah lain yang masih dalam ketakutan bergegas memanggil orang kampung lain untuk pergi ke tempat samseng-samseng itu selalu melepak.  Ketua kampung memanggil ketua samseng tersebut dan dengan megahnya dia keluar dengan mengatakan apa yang dimahukan oleh ketua kampung.  Ketua kampung dengan nada marah menyoal adakah mereka membunuh Samad dan dengan tegas ketua samseng menidakkannya.  Setelah beberapa kali ditanya lalu ketua kampung mengarahkan orang kampung memegang ketua samseng tersebut dan kuncu-kuncunya.

Tiba-tiba kepala Samad muncul di hadapan ketua samseng dan beliau dan orang kampung terkejut dan menjerit ketakutan.  Setelah Samad sendiri yang menanyakan soalan itu kepada ketua samseng barulah beliau memberitahu hal yang sebenarnya dan tanpa teragak-agak lagi ketua kampung pun mengambil tindakan ke atas samseng-samseng tersebut.

Semenjak hari itu barulah roh Samad aman dan keadaan kampung tersebut pulih seperti sediakala.

theme-06.gif

                      BATU PUAKA

Assalamualaikum. Ini ada satu cerita yang  mesti aku paparkan iaitu Batu Berpuaka.

Pada suatu hari, ayah aku membuat perancangan untuk pergi ke Pulau Langkawi memandangkan cuti sekolah sudah bermula. [cerita ini berlaku pada Mei1995] Ayah aku pun mengajak emak bapak dia pergi sama. Kami pun sampai bla...bla...

Hari 4 kami bercadang untuk ke Telaga Tujoh. Ketika kami sampai di sana, kami kena panjat/daki bukit [entah ler aku pun tak tahu]. Sampai di pertengahan jalan, datuk ku pening dan apabila pandang belakang jauh sangat dan minta turun balik. Kami ambil keputusan untuk berehat sebentar. Ketika sedang berehat kami ternampak batu cantik berwarna biru muda dekat tempat letak kereta [sekarang ada/tidak aku tak tau].

Kami ambil lebih kurang 11 batu itu untuk dibuat alat hiasan rumah dan pokok bunga. Hari sudah tengahari dan ayah mahu pulang. Malam tu..datuk aku menyimpan batu itu di dalam almari berdekatan dengan tempat tidur dia. Dia pun bermimpi...suatu hari tu. Dia menebas pokok pisang di belakang rumah tiba-tiba namanya dipanggil 'Bakar,Bakar' (bukan nama sebenar) seperti suara seorang perempuan [nak tahu tengok filem dupa cendana macammana namanya dipanggil 'dupa,dupa' begitulah lebih kurangnya]. Dia pun mendekati suara itu. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat seorang puteri tersenyum sambil melambai-lambai tangan ke arahnya dengan bauan yang amat wangi serta terapung-apung di udara [pokok jambu]. Dia tersedar dan menjerit [seperti histeria tapi tak lah sangat].

Dia mengamuk da dia menyuruh aku dan nenek pergi tengok di luar. Alangkah terkejutnya aku seorang puteri duduk di dahan itu sambil tersenyum kearah aku. Kemudian nenek mengambil payung yang berdekatan dengan aku tetapi aku menghalang nenek berbuat demikian kerana khuatir itu manusia nenek berkata itu bukan manusia tetapi makhluk ghaib. Aku memegang parang kayu dan nenek mengambil payung sambil menjolok-jolok ke arah puteri itu. Nenek aku ni memang pantang jumpa makhluk ghaib kerana dia mempunyai ilmu kekuatan. Dia bertempur dengan nenek entah berapa minit entah. Aku rasa ada 'can' kalau aku menyerangnya dari belakang. Aku naik keatas tangga kayu hendak membunuh puteri itu dari belakang tetapi tidak kena.Dia tidak sedar bahawa aku ada di belakang dia tiba-tiba ternampaklah satu pancaran bintang-bintang turun ke tanah. Keluarga aku hanya mampu menengok melainkan datuk. Bintang-bintang itu membentuk seperti puteri itu juga, aku bilang lebih kurang 10 orang puteri masa tu. Apalagi seisi keluarga turun membawa parang, kayu dll. Tiba-tiba puteri itu menoleh ke belakang dan bergabung membentuk boleh digambarkan seperti raksasa ngeri dibuatnya. Kami cuba melawan makhluk itu setiap kali mendepangkan tangannya ke arah kami. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Aku teringkat akan batu itu lalu aku ambil  dan berikan pada datuk. Datuk segera menunjukkan batu itu ke arah makhluk itu kemudian makhluk itu keluar menjadi puteri kembali dan kemudian mengundur ke belakang.

Tiba-tiba seorang daripada mereka berkata "Kami akan kembali" Datuk membaling batu tersebut lalu mengenai mereka dan selepas itu mereka ghaib.

Keesokannya kami berjumpa dukun untuk bertanya tentang tragedi semalam. Dukun berkata batu itu tempat puteri-puteri masa kecil dahulu bermain. Tetapi meningkat dewasa mereka dituduh mencuri batu itu. Kemudian mereka dijatuhi hukuman mati. Kini mereka hendak menntut balik barang kepunyaan mereka tetapi tidak boleh kerana batu itu datuk aku dah baca doa.

Sekarang batu itu masih dalam tangan datuk ku dan keluarga ku. Kita akan saksikan kisah selanjutnya tentang puteri itu muncul kembali 3 tahun selepas itu pada masa-masa akan datang dan saya akan cerita kisah yang lain pula.

theme-06.gif

            GUNUNG STONG

Kisah ini berlaku kira-kira setahun yang lalu semasa aku mengikuti ekspedisi Rakan Muda ke Gunung Stong. Gunung ini terletak di hutan Jelawang di negeri Kelantan.

Kami sampai ke tapak perkhemahan jam 8:00 malam. Setelah selesai mendirikan khemah, masing-masing membersihkan diri. Ada yang mandi di bilik air yang disediakan, dan ada yang mandi di sungai yang berdekatan. Ketika itu aku sudah merasa seram-sejuk seolah-olah ada sesuatu yang memerhati gerak-geri kami. Aku tidak berani turun ke sungai kerana keadaan cuaca yang gelap. Selepas makan malam, masing-masing membuat aktiviti bebas. Aku mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan ahli-ahli ekspedisi yang lain. Kami bercerita sehingga lewat malam. Ketika hendak memasuki khemah untuk berehat, aku terkejut kerana aku ternampak kelibat sesuatu didalam khemah. Rakan sekhemah ku sudah lama hanyut dibuai mimpi. Sepanjang malam, aku tidak nyenyak tidur kerana terdengar bunyi-bunyi haiwan hutan yang kadangkala mengerikan.

Kira-kira jam 6:00 pagi kami telah dikejutkan untuk bersiap-siap mendaki Gunung Stong. Masing-masing agak keletihan, maklumlah semalam kami menaiki bas untuk ke kawasan ini selama lebih lapan jam (dari Johor Bahru). Selepas sarapan, masing-masing bersiap untuk mendaki. Setibanya dikaki Gunung Stong, salah seorang peserta tiba-tiba menarik diri kerana kakinya bengkak. Tidak tahu apakah puncanya. Yang lainnya meneruskan perjalanan. Kami merentasi berbagai halangan seperti anak sungai, air terjun dan hutan belukar. Masing-masing kelihatan letih tetapi penuh semangat untuk meneruskan perjalanan.

Kami sampai di pertengahan gunung lewat petang dan bersiap untuk bermalam di situ selepas turun dari puncak gunung nanti. Waktu itu ada di antara kami yang sudah tidak berdaya melangkah dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak. Mereka hanya menunggu kami di khemah. Aku bersama peserta yang lain meneruskan perjalanan kami. Cahaya matahari semakin kelam dan suasana semakin sejuk. Akhirnya kami tiba di puncak hampir waktu Maghrib. Kami sempat bergambar. Waktu itu aku merasa tersangat letih dan lapar. Nasib baik aku ada membawa sedikit bekalan. Kami berkongsi makanan.

Dalam perjalanan turun, aku adalah di antara yang akhir. Hari semakin gelap. Apabila sampai disuatu kawasan, kami terdengar suara siamang bersahut-sahutan seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Ada di antara peserta wanita yang kecut perut kerana bunyi itu rasanya betul-betul di atas kepala kami. Dengan hanya berpandukan lampu suluh dan panduan dari peserta yang berpengalaman mendaki gunung, kami menuruni gunung sambil berpegangan tangan. Ada di antara kami yang sudah terlalu lemah dan jatuh pengsan. Ini menyebabkan perjalanan kami terhenti beberapa kali. Aku merasa aneh kerana kami masih belum sampai ke kawasan perkhemahan kami walaupun sudah lebih dua jam kami berjalan. Aku rasa aku telah melalui satu kawasan yang sama di mana terdapat pokok yang besar-besar entah berapa kali. Akhirnya guru pandu kami mengakui yang dia tidak berjumpa jalan asal yang kami lalui semasa mendaki ke puncak tadi. Kami menjadi risau, tetapi nasib baik semua berjaya mengawal perasaan. Salah seorang dari kami mencadangkan agar kami meneruskan perjalanan, tetapi masing-masing merasa bimbang kalau-kalau kami semakin jauh tersesat di dalam hutan.

Entah macam mana tiba-tiba muncul sekumpulan pemuda. Masing-masing memakai serban dan jubah putih. Mereka memberi salam. Kami menjawab salam mereka dan menceritakan masalah kami. Menurut mereka, kejadian seperti ini memang selalu berlaku. Mereka menasihatkan kami agar teruskan perjalanan menuruni gunung sambil menunjuk ke satu arah. Masing-masing melihat ke arah yang  di tunjukkan. Kumpulan pemuda tadi hilang entah ke mana. Masing-masing terdiam. Kami meneruskan perjalanan ke arah yang di tunjukkan dan tidak lama kemudian kami ternampak cahaya kelam yang datangnya dari kawasan perkhemahan kami. Sampai sahaja di khemah, kami terus dihujani dengan berbagai pertanyaan. Kami tersesat lebih dari satu jam. Nasib baik ada kumpulan yang berjubah tadi membantu kami. Yang menghairankan kami, untuk apa mereka menuju arah ke puncak sedangkan di sana tidak terdapat sebarang perkampungan pun.

Entah kenapa, walaupun letih, aku merasa susah untuk tidur. Di luar hujan turun dengan lebatnya. Aku merasa risau kerana khemah kami didirikan di atas tanah yang tidak berapa rata. Takut nanti kami hanyut dibawa arus atau tanah runtuh.

Keesokkan harinya, kami berkhemas untuk turun ke tapak perkhemahan kami sebelum ini. Dalam perjalanan turun, masing-masing sibuk menceritakan pengalaman masing-masing. Di samping itu kami terpaksa berhati-hati kerana jalan licin. Ada juga di antara kami yang tersungkur entah berapa kali. Yang menggelikan hati, ada yang terjatuh ke dalam lopak air yang agak dalam gagal untuk naik semula walaupun di tolong oleh beberapa orang.

Kami sampai di satu tempat rehat yang dinamakan Baha Camp. Di situ masing-masing melepaskan penat lelah dengan mandi dan memasak makanan. Hari pun sudah tengahari. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba ketua kumpulan ekspedisi menyuruh kami cepat bersiap untuk bertolak turun. Kami terpinga-pinga. Letihpun belum hilang rasanya. Dia kata sesuatu yang buruk telah berlaku dan menyuruh kami cepat meninggalkan kawasan itu. Aku segera naik ke darat dan mengambil barang-barang aku. Aku mendapat tahu yang salah seorang peserta wanita telah dirasuk makhluk halus. Dia tidak suka kami berada dikawasannya dan mengugut untuk merasuk lebih ramai lagi sekiranya kami terus berasa di situ. Walaupun takut, masing-masing masih dapat mengawal perasaan. Kami berkumpul dan berjalan bersama-sama menuruni gunung. Yang tinggal hanyalah ketua kumpulan, peserta yang di rasuk serta beberapa orang trecker yang bekerja di Baha Camp. Dalam perjalanan masing-masing masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku.

Kami sampai ditapak perkhemahan lewat petang. Selepas mendirikan khemah dan mandi kami bersiap untuk memasak. Dalam waktu itu kami melihat peserta yang di rasuk tadi turun bersama-sama yang lain. Dia kelihatan normal. Sebelum masuk ke kawasan khemah, Abang Baha (Ketua Baha Camp) membaca sesuatu lalu dihembus ke peserta tadi. Tiba-tiba dia menjadi lemah dan terus di sambut dan di papah kekawasan khemah. Dia dibaringkan di tengah-tengah padang dan abang Baha terus membaca jampi serapahnya. Kami tidak dibenarkan mendekati peserta tadi kerana menurut abang Baha makhluk yang merasuknya masih berada di kawasan itu bersama dengan kawan-kawannya. Walaupun kami tidak nampak makhluk dan kawan-kawannya itu, kami patuh pada arahan abang Baha.

Selepas makan malam, semua mengerumuni abang Baha untuk mengetahui cerita yang sebenarnya. Menurutnya makhluk halus yang tinggal di kawasan gunung itu marah pada peserta berkenaan kerana memetik sekuntum bunga dari pokok yang hanya menghasilkan bau setiap tujuh tahun. Katanya lagi jika kami masih berada di Baha Camp, mungkin lebih ramai lagi yang akan dirasuk. Walaupun makhluk itu berjaya diusir dari badan peserta berkenaan semasa di Baha Camp lagi, abang Baha terpaksa membenarkannya merasuk semula peserta itu untuk menolong mambawa peserta itu turun sehingga ke kawasan khemah. Jika tidak mereka menghadapi masalah untuk membawanya turun dengan keadaan badannya yang lemah. Dan banyak lagi yang diceritakan oleh abang Baha mengenai hutan disitu.

Malam itu kami berkumpul dalam beberapa kumpulan. Masing-masing menceritakan kisah petang tadi dan ada juga yang menceritakan pengalaman yang serupa. Aku merasa seolah-olah seperti berada di Cineplex. Bila sudah jemu mendengar cerita satu kumpulan, aku beralih kekumpulan yang lain. Walaupun topik perbualan hampir sama, aku masih tetap mahu mendengarnya. Ada yang tidak tidur sehingga keesokan hari kerana asyik bercerita dan mendengar cerita.

Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, ketua ekspedisi memberi peluang pada setiap peserta untuk meluahkan isi hati masing-masing berkenaan ekspedisi kami ini termasuklah peserta yang dirasuk semalam. Walaupun dia tidak ingat setiap kejadian, tetapi dia memberitahu kami yang dia beberapa kali terserempak dengan beberapa orang yang bukan peserta ekspedisi semasa menaiki puncak Gunung Stong. Daripada kejadian yang aku alami, aku sedar betapa kita semua perlu menghormati harta benda orang lain dan jangan bersikap angkoh apabila memasuki sesuatu kawasan yang kita belum kenal sepenuhnya. Kita juga perlu menjaga flora dan fauna. Buat kawan-kawan yang sama-sama menyertai Ekspedisi Gunung Stong, aku ucapkan selamat berjaya. Semoga kita bertemu diekspedisi yang lainnya.

Sekian.

theme-06.gif

                       BELUM
 
Salam sejahtera kepada semua....
Aku sebenarnya hanya ingin berkongsi pengalaman bersama kalian. Sebenarnya, ini adalah sebuah kisah yang berlaku pada ku di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Perak. Aku ingin menegaskan bahawa kisah ini bukanlah satu rekaan tetapi realiti pahit yang tidak dapat aku lupakan....

Begini kisahnya....
Malam itu, cuaca seperti tidak mengizinkan hari esok menjelma. Awan pekat pada malam itu seolah-olah memberi amaran bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku... tetapi keadaan malam itu tidak sedikit pun melunturkan semangat kami untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan
akhir hanya tinggal beberapa minggu sahaja.... jadi, cuaca pada malam itu bukanlah sesuatu yang membimbangkan kami... aku, Halim dan Ikram (bukan nama sebenar) terus mengulangkaji pelajaran yang baru diajarkan pagi tadi. Belum sampai sejam, Halim mengadu matanya mengantuk.. aku hanya tersenyum, sudah faham akan tabiatnya... senang sekali mengantuk terutamanya bila study.... aku meneruskan pembacaanku bersama Ikram... tepat jam 12.45 tengah malam, Ikram pula mengantuk....
aku hanya melihat langkah longlainya menuju ke katil... sebelum sampai ke katil, sempat juga dia merungut "gelap jugak malam ni.... macam ade apa-apa je..." aku hanya tersenyum pahit kerana di dalam hatiku, aku juga sependapat dengannya...

Jam 1.30 pagi, aku menuju ke katil... mataku sudah tidak dapat bertahan lagi.... lalu aku pun terus menghempaskan kepalaku ke bantal.... kesejukan malam itu ternyata memberi kesan kepadaku... kawasan asrama ku yang jauh dari kawasan petempatan membuatkan fikiranku kusut.... aku tidak mempedulikannya lalu cuba melelapkan mataku... belum pun sampai 10 minit, tidur ku diganggu oleh sesuatu.... "sham, tolong temankan aku ke tandas, aku nak terkencing la..." Ikram menarik tanganku... aku mengeluh... memang tidak dapat dinafikan suasana asrama kami cukup menyeramkan terutama pada waktu malam... tambahan pula, kejadian-kejadian yang memang tidak dapat dilupakan pernah terjadi beberapa kali sebelum ini... tidak hairanlah jika Ikram tidak berani ke tandas keseorangan... tambahan pula, tandas terletak agak jauh dari bilik kami.... aku menurut.... sampai di pintu tandas, Ikram pun masuk ke dalam... aku hanya menantinya di luar.... "jangan lama-lama tau..." pesanku.... kurang satu minit aku menunggu, debaran di dadaku tiba-tiba meningkat... hati ku tiba-tiba runsing... bulu romaku tegak berdiri... aku beranikan diri ku menunggu Ikram di situ.... suara cengkerik dan anjing tiba-tiba menjadi semakin kuat... aku tidak dapat menahan perasaan takut ku lagi...

"woi Ikram, kau dah ke belum?".... lalu Ikram pun  menjawab "belummm..... nanti la kejap".... aku terpaksa menantinya lagi.... tetapi lama-kelamaan, hatiku semakin runsing... ingin rasanya aku berlari pulang ke bilik.... aku terus menengking Ikram " woi, dah ke belum...!!!" tiba-tiba, aku terdengar satu suara yang cukup mengerikan mengilai-ngilai dari dalam tandas..."BELUUUMMMMMM.... BELUUUUMMM.... BELUUUUUMMMMMM...... HAHAHAHAAAAAAAAAAA.....!!!!" aku jatuh tersungkur ke lantai kerana ketakutan... fikiranku bercelaru... adakah itu ikram ataupun sesuatu telah berlaku ke atasnya.... aku panik lalu terus bangkit dan berlari ke bilik.... aku terus berlari untuk mendapatkan halim... ingin rasanya aku menjerit sekuat-kuatnya pada ketika itu melihatkan sekujur tubuh yang amat ku kenali.... IKRAM.....!!!! aku tersentak... kakiku longlai.... bagaimana Ikram boleh berada di katilnya sedangkan, sedangkan..... aku rebah dan tidak sedarkan diri....
aku tersedar pada tengah hari esoknya.... aku enggan memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut sehinggalah selepas peperiksaan selesai.... dan sehingga kini, aku masih lagi takut apabila berhadapan dengan Ikram walaupun kejadian itu telah lama berlalu......


theme-06.gif

                 HANTU PEREMPUAN
 
Assalamualaikum.... aku ada cerita nak kongsi ngan kengkorang semua... cerita nih dialami sendiri oleh abang angkat aku dan kawannya masa zaman sekolah dulu... (sekarang nih aku dah blaja kat U). Dulu aku blaja silat, begitu gak ngan abang angkat aku.. kitorang dulu sekolah asrama penuh, biasa la... famous ngan cerita-cerita hantu. Masa tu aku form 2, abang aku form 5. Kira senior la nih... dia la yang ganti cikgu ngajar bebudak junior silat. Satu malam tu... masa tengah buat latihan silat.. lebih kurang pukul 12 lebih.... dia nak buat latihan silat olahraga.. saja nak test power. Kebetulan cikgu kitorang ada... so apa salahnya mintak tunjuk ajar lebih sikit, lagipun kitorang ada pertandingan silat olahraga tak lama lagi. So dia dengan kawannya pun balik la ke hostel kejap nak ambik pad dan barang-barang lain. Masa dia balik tuh, tengah syok berborak ngan kawan dia.. ada la sorang budak pompuan pakai baju putih tak bertudung lalu menuju arah bertentangan.... kira macam budak ni dari hostel la kiranya....Diorang pelik la pehal lak ada budak pompuan jalan memalam, tak pakai tudung pulak tuh.... tau la budak sekolah sains kan... korang pepaham je la. Bila budak pompuan tuh dah jauh sikit diorang bercakap la pasal budak pompuan tu.. pect apa-apa pun. Then tetiba dua-dua tersenyap...
Budak pompuan yang sama lalu untuk kali kedua dari arah hostel... terkujat diorang.... tapi diorang tak lari mencicit la.. kira berani la jugak.. budak silat... yang part seram sikit tuh, budak pompuan tu siap senyum pulak kat diorang, macam tau2 je yang diorang cakap pasal budak pompuan tuh tadi. Daripada hostel tuh diorang paksa lagi 2-3 orang kawan
diorang ikut sekali gi latihan silat. Takut jumpa lagi budak pompuan tuh gamaknya. Degar cerita yang selalu kena kacau ngan hantu budak pompuam nih bebudak laki jek. Ntah kenapa....

Aku pun banyak cerita hantu nak cerita kat korang semua... nanti la...kang aku tolong collect cerita hantu yang penah berlaku kat kengkawan aku lak.


theme-06.gif