Make your own free website on Tripod.com
Seram Serammmm...!!!
Seram..seram..serammm!!!
Misteri Tapi Benar!!!
Kisah Misteri
Kisah Seram 2
Video Klip Seram..!!!!! Amaran!!!

horror.gif

logohantu.gif

theme-06.gif

assalamualaikum.gif

Wahai orang-orang yg beriman...masuklah kamu kedalam Islam.....janganlah kamu mengikuti jejak syaitan....nescaya diri mu akan musnah.Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Penyayang.......dan segala pujian baginya Tuhan semesta alam......yang mencipta segala keajaiban didunia ini......segala makluk  yang ada dimuka bumi ini adalah ciptaanNya.....maka terciptalah alam ghaib yang tak dapat kita lihat dengan terang.....suatu misteri yang tak tidak dapat dileraikan tanpa keizinan dariNya........misteri dialam ghaib yang penuh dgn pertanyaan.......hanya keimanan dan keyakinan dalam hati terhadapNya Tuhan yang Maha Mengetahui.....sebagai manusia jangan diri kita dipengaruhi syaitan.Maka isilah keimanan dalam diri kita dan mintalah pertolongan dariNya....agar kita tidak akan mengikuti  langkah syaitan.............!!!Pada semua sahabat dan kawan-kawan apa yang akan kami paparkan dalam cerita seram ini adalah sekadar rekaan....tapi hanya untuk bacaan saja......jangan diikuti perasaan hingga membuat kamu berkhayal dan lupa padaNya......!!!

fcganim1.gif

Terserempak Lembaga Menghisap Darah

                    Pada hari kenduri perkahwinan di kampung ku, seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an menghidap penyakit sawan babi. Pada mulanya lelaki itu tidak pernah mencederakan orang tetapi apabila terlalu kerap kanak-kanak atau orang ramai mengusik, dia menjadi agresif. Lelaki itu mula naik angin.
 
                   Ketika lelaki itu mengamuk, dia mendapat sebilah pisau dan mengancam akan mencederakan sesiapa sahaja yang mengacaunya. Dia semakin hilang pertimbangan dan menikam lelaki yang cuba menghalangnya. Darah membuak-buak membasahi bawah rumah pengantin. Majlis kenduri tu menjadi riuh-rendah dengan jeritan jemputan.
 
                  Setelah  ambulans datang dan jenazah dibawa pergi....darah  yang melimpah tak sempat dicuci kerana waktu hampir senja. Semua jemputan telah lama meninggalkan majlis itu. Aku dan kawan-kawan ku yang lain beransur balik ke rumah setelah dipanggil ibu masing-masing untuk pergi mengaji Al- Quran.
 
                Setelah selesai mengaji. kami pulang melalui rumah pengantin tadi. Aku berasa seram sejuk ketika menghampiri dengan rumah itu. Kebetulan malam itu bulan penuh kami tidak membawa lampu suluh. Kumpulan kami kesemuanya perempuan. Kami terus mempercepatkan langkah apabila melintasi rumah itu.
 
              Apabila sahaja melintasi rumah pengantin itu, aku dapat rasakan keadaan yang sungguh menyeramkan. Rumah itu telah kosong kerana telah ditinggalkan pada malam itu juga. Alangkah terkejut dan terperanjatnya aku apabila ternampak satu lembaga yang menyeramkan sedang menjilat darah yang masih ada dibawah rumah.
 
             Lembaga putih itu dengan rakusnya melahap darah. Ia menoleh ke arah ku dengan mulutnya yang penuh dengan darah. Aku terus pengsan. Apabila sedar, aku berada dirumah dikelilingi emak, ayah dan adik beradik yang lain.
 
              Kesemua yang lain bertanya punca aku pengsan. Aku lantas bertanya kawan-kawan yang lain sama melihat apa yang aku lihat tetapi mereka kata tidak.
 
             Aku terus menceritakan kejadian yang telah ku lihat. Setelah kejadian itu, timbul pula cerita lain yang kononnya melihat lembaga melahap darah serta jeritan halus dari rumah pengantin yang telah ditinggalkan.
 

du710.jpg

     Hantu ikut pulang

 

Kejadian ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Disebabkan pendapatan suami tidak seberapa, suami mengizinkan aku bekerja disebuah hotel.

 

Suatu hari, aku terpaksa bertugas waktu malam kerana menggantikan kawan yang sakit. Setelah kerja ku selesai, aku bersiap untuk pulang. Waktu tu, jam sudah pukul 11.00 malam.

 

Sampai  di sutu selekoh, entah kenapa enjin kereta ku tiba-tiba mati. Baru aku tahu aku berada di kawasan perkuburan Cina. Peluh dingin ku mula keluar.

 

 

Mujurlah ada seorang pemandu membantu ku. Aku lega apabila mendengar enjin kereta ku menderum semula. Aku membongkok kedalam kereta  untuk mengambil wang. Tujuan ku untuk mengucapkan terima kasih pada pemuda tadi, apabila aku berpusing... dia sudah ghaib! Yang menghairan, aku langsung tidak mendengar bunyi enjin motosikalnya .

 

Apabila sampai rumah, seperti biasa aku mandi dan berehat di depan TV. Ketika mata ku hampir terlena,  tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara memanggil nama ku.

 

Aku memberanikan diri membuka daun tingkap. Berderau darah ku, kerana betul-betul  di hadapan ku satu lembaga putih. Ia terapung-apung. Matanya merah meyala tersembul memandang ku.

 

Secepat kilat aku menutup tingkap. Aku meluru ke bilik dan terus berselimut. Malam itu, aku tidak dapat lelapkan mata sehingga suami ku pulang.

spook.gif


Klik Disini Untuk Kelaman Utama!!

theme-06.gif

Any Misterius Email Me???
ghosts2s.gif
mr_jaga@2die4.com